Khamis, April 28, 2011

Asam Lepas Bunga Durian


Salam...n salam sejahtera, hai!!! bersua lagi... hari nie zana nak n3kan pulak menu mkn mlm zana semlm "Asam lepas bunga durian" ek.. eleh!!! durian lagi...bukan2 durianlah!! nie bunga dia eee... :D buatnya pun mudah... kite rebus aje.... , sebenarnya bunga durian nie.. mak bekalkan zana semasa balik ke kg ari tuu... kebetulan pokok dogyan sedang berbunga.. x tau nak masak mcmne, yg zana tau masak lemak cili api aje. Kate hubby, buat asam lepas pun sedap...soo...kenalah buatkan...[isteri yg solehahlah katakan.. ^-^... :) ] Rasanya boleh tahan jugak pd yg suka asam2 nie.. :) oklah! layan aje resepi zana yg mudah nie.. main campak2 gitu.
Asam Lepas Bunga Durian
(sumber : zanavilla)
Bahan2nya:
  • 3 ekor ikan kembung
  • 1 mangkuk bunga durian ~ celur sedikit
  • 5 ulas bwg merah*
  • 1" halia*
  • 1" belacan* } bahan2 * ditumbuk
  • 3 btg serai diketuk
  • 2 sudu makan cili mesin
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 cwn air
  • garam dan sedikit perasa
Cara2nya:
1. Masukkan bahan tumbuk, serai, cili mesin, asam gelugor dan air kedalam periuk.
2. Masakkan di atas api sederhana sehingga merenih, kemudian masukkan ikan diikuti bunga durian.
3. Rasakan dgn sedikit garam dan perasa..~ biarkan sehingga mendidih dan bila masak.. bolehlah tutupkan api.
4. Hidangkan utk makan malam bersama ikan masin dan nasi panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan